SENTOSA CYCLING TEAM

AKTIVITI SANTAI

Monday, May 31, 2010

HAPPY TO RIDE - IPOH JAMBOREE

Pergerakan Konvoi Riders pada kali ini terbahagi kepada 4 Group yang berbeza beza haluan sebelum melakukan kayuhan pada 30 Mei 2010.   Alpine Village Apartment, Persiaran Lagoon Sunway City tempat penginapan kami...Keesokan hari selepas solat subuh berjemaah kami menuju ke distinasi yang ditunggu tunggu....Tepat jam 0800am 30 Mei 2010 SCT seperti biasa mengambil kedudukan dihadapan garis permulaan kayuhan.....

 
 
 
 
Permulaan kayuhan laluan tarmac .....semua riders SCT tersenyum lebar sambil posing bergambo gambo sakan....sampai tak sedar diri dah ketinggalan jauh dari riders riders lain....
 
KM 3 - 4 kami hampir terkejut beruk kerana x sangka bukit batu kapur yang menjadi bahan ketawa pada malam sebelum kayuhan akhirnya menjadi  laluan wajib untuk sampai ke CP2....herm stem sampai kedagu beb.....
 
Hampir satu jam berada di laluan offroad bukit batu kapur ..... akhirnya kami sampai juga ke  puncak walaupun MTB......lega selepas tebatuk & semput menolak kuda... akhirnya dihadapan hidangan downhill yang mengegarkan seluruh badan......puas puas.......riders SCT yang lain entah ke mana, mungkin lepaskan gian atau brek ped mahal, downhill tak payah pakai brek....tapi CP2 tetap tak nampak..aduh...
   
Setelah hampir putus nyawa akhirnya kami sampai juga di CP2.....disini rehat lama gak.....Dalimi yang memacu kuda tbolt mengambil kesempatan mengisi gas sebelum turun laluan drop yang  merbahaya ......dilaluan drop, jurugambar tak berapa sempat merakam aksi riders takut terbabas ke dalam  sungai ......laluan drop yang cantik tapi merbahaya untuk dicuba......


































Berbekalkan semangat baru setelah melepaskan lelah di CP2 perjalanan diteruskan menuju ke CP3......macam macam ada.......akhirnya kami sampai juga ke Bukit Botak ...laluan yang disebut sebut oleh riders riders semasa di CP2...Bukit ini sekali lagi mencabar kekentalan semangat kami.....berbekalkan semangat yang kejap ada kejap tak de....akhirnya kami sampai juga ke atas....jam 1202 kami masih Di CP3 berehat sakan sembil menunggu bekalan air yang tak kunjung tiba......riders SCT yang lain hilang entah kemana.....mungkin ketika ini sedang menikmati air jambu atau lima bali Ipoh Kut.....selepas mendapat bekalan air kami  bertiga memecut laju menuju ke CP4 malangnya CP4 terlepas pandang membuatkan kami bertiga  terus sampai ke CP5 dan akhirnya ke garisan penamat.....alhamdullilah...semua rider SCT  selamat sampai ...





Wednesday, May 26, 2010

PERGERAKAN KE IPOH JAMBOREE

- RV AZIZ KIOSK 291400H MEI 2010
- Tuan Sabri, En Anas & En Harun - Group 1
- Mat Jawa, En Jos & En Azam - Group 2.
- En Rahmat & En Salim - Group 3
- En Nasa, En Alimi, En Jamal & En Niza - Group 4 (sendiri) 

PENGINAPAN:

Alpine Village Apartment
Persiaran Lagoon Sunway
Sunway City, Ipoh

Tuesday, May 18, 2010

JUARA BOLA SEPAK 7 SEBELAH

Sentosa Cycling Team Mengucapkan Syabas kepada Warga SCT yang mewakili Surau Kemboja 4A & B telah berjaya muncul sebagai juara bola sepak 7 sebelah Sri Anggerik - Piala Kept Rohaidi - tahniah......
 

SELAMAT HARI LAHIR WARGA SCT

Sentosa Cycling Team mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada En Rahmat, En Hanazli, En Alimi, En Salem, En Norkamal, En Badrol, En Nasir, En Mohd Nordin,  En Ismail, En Yusof & En Harun  

 

Thursday, May 13, 2010

HAPPY TO RIDE - IPOH JAMBOREE

12 Riders SCT yang akan menyertai Happy to Ride - Ipoh Jamboree pada 30 Mei 2010.

EN MOHAMAD JAMIL - plate no 883
TUAN SABRI TUAN MAT - plate no 884
EN RAHMAT HJ ARIFFIN - plate no 885
EN NASRUDIN ABD SHUKOR - plate no 886
EN KHAIRULNIZA HUSSIN - plate no 887
EN HANAZLI ABDUL HALIM - plate no 888
EN MOHAMAD ALIMI ISMAIL - plate no 889
EN MOHAMAD SALIM ACHIL - plate no 890
EN AZHAM KAMARUDIN - PRCC - plate no 891
EN JOSNIZAM AIZAM - PRCC - plate no 892
EN NOORKAMAL AFFANDI BIN SHAHUDIN - plate no 1041
EN HARUN BIN MD RAUS - plate no 1042

Apa lagi.......mantapkan mental & fizikal........jangan crem......layaaaaannnnnnnnn

Tuesday, May 11, 2010

AKTIVITI MINGGUAN

15HB MEI 2010 - Kayuhan ke Sungai Sendat - Semua Riders dikehendaki berada di RV pada jam 0730...

16HB MEI 2010 - Bola Sepak 7 Sebelah...semua Riders yang mewakili SCT dikehendaki berada dipadang pada jam 0730......

Monday, May 3, 2010

JASIN MTB JAMBOREE

Hari yang dinanti akhirnya tiba juga, seawal 10 pagi semua riders SCT yang menyertai cabaran Jasin MTB Jamboree telah berkumpul di RV yang telah ditetapkan.  Masing masing sibuk membuat persiapan untuk membawa basikal dan peralatan kayuhan......tepat jam 12 tengahari konvoi didahului dengan kenderaan pacuan empat roda....seterusnya diikuti oleh Van yang sarat membawa peralatan kayuhan dan tiga buah kereta yang membawa riders SCT dan 2 Riders dari PKNS MTB Club.

































































Kami tiba di Stadium Jasin lebih kurang jam 0400. ptg.....dari Stadium Jasin kami terus menuju ke Kampung Tembakau tempat penginapan kami.....Sampai di tempat penginapan semua riders mengambil kesempatan merehatkan diri dan melakukan perkara perkara yang wajib sebelum membuat persiapan untuk membuat kayuhan malam di sekitar kawasan Jasin dan Umbai....selepas sahaja sembahyang Magrib berjemaah kami membuat kayuhan malam menuju ke Umbai untuk menjenguk ikan bakar.....malam tu kami makan sakan sampai nak buat kayuhan balik ke tempat penginapan rasanya mahu ditangguhkan.


Keesokan harinya semua riders bangun seawal 5 pagi .....selepas solat subuh kami bergerak ke Stadium Jasin untuk memulakan cabaran......penyertaan menjangkau ke 800 riders....selepas taklimat.. tepat jam 0800 pagi pelepasan telah dilakukan oleh orang kuat Jasin MTB Jamboree.

Hebat persiapan Jasin MTB Jamboree...tahniah penganjur....trek tarmac kacanglah......sampai di KM 1.5 seorang riders SCT En Halimi telah terlibat di dalam kemalangan kecil ......semangat juang dan rawatan  yang di berikan  oleh awek cun membolehkan beliau meneruskan kayuhan.

 
 

Km 3 menyaksikan kesemua riders yang memecut laju di hadapan terpaksa akur dan berpatah balik disebabkan trek yang disediakan tiga bulan yang lepas telah hilang.......waduh frust...ada yang mengamuk ada yang marah kepada penganjur...tu berader yang naik skuter jadi sasaran riders...tapi tak pe adat bekayuh...sesat patahlah balik..... 

 
KM 4, 5, 6 dan seterusnya kami tercari cari mana peginya bukit bukit kat Jasin ni....Bukit Langsat yang dikatakan mempunyai ketinggian  yang luar biasa pun tak kelihatan.....kalau trek cam ni kacanglah setakat 50KM....sedang kami hayal melayan trek yang mendatar sehingga terlepas tanda arah......tiba tiba di KM28 nah tersergam sebuah Bukit yang bernama Bukit Langsat yang bertingkat tingkat......saya hanya berjaya membuat kayuhan sehingga ke tingkat dua sahaja.....yang lain apa lagi MTB lah.....seterusnya sehingga ke KM 40 sajian yang ada hanya bukit bukit sahaja.......sehingga membuatkan fikiran kacau dan berbelah bagi nak meneruskan kayuhan.

 
 
Dengan berbekalkan semangat yang hampir luntur melihat bukit bukit di hadapan ..... kayuhan diteruskan juga ......akhirnya kami juga berjaya menamatkan kayuhan 50KM seperti Riders yang lain ....selamat tinggal Jasin MTB Jamboree....terima kasih kerana menyediakan trek yang baik untuk kami.....jumpa lagi.....