SENTOSA CYCLING TEAM

AKTIVITI SANTAI

Tuesday, July 27, 2010

Kayuhan bersama Kelab MTB PKNS pada  24 Jul 2010 disertai oleh 20 riders.....10 Riders SCT dan 10 Riders Kelab MTB & Perseorangan.   Acara dimulakan dengan sesi Makan Nasi Lemak Sponser By En Sharuddin PKNS....begambo dan Bacaan Doa Selamat.   Kayuhan dimulakan seawal 0830 dari Pejabat Jualan PKNS melalui Jalan Lama Tarmac  arah Tanjong Malim.  KM 5 arah kayuhan bertukar menuju ke Jalan Tarmac Ulu Bernam dan seterusnya menuju ke laluan Offroad yang menyaksikan panorama indah di Kebun Pisang...boleh tahan busut kedua selepas busut tarmac Ulu Bernam.   Semua riders nampak selamba je sehingga di KM 8KM 8....9 dan seterusnya riders mula berpecah mengikut kumpulan kecil membuatkan sweper menjadi resah dan bertanya pada diri sendiri teruk ke Trek ni....Setelah puas melalui laluan yang sukar akhirnya kumpulan pertama sampai ke Pintu Gerbang Bernam Jaya pada jam 1030 pagi.   Disitu kami mengambil kesempatan berehat sakan sambil menunggu kumpulan kedua sampai.....Akhirnya kegelisahan kaki kami makin memuncak sehingga tidak dapat menahan sabar menunggu....Kayuhan diteruskan tanpa kumpulan kedua...........Laluan kali ini amat berbeza .....walaupun berbeza semua laluan dapat dilalui dengan peluh bercucuran........disebabkan kesuntukan masa kami hanya berjaya menamatkan kayuhan sejauh 30km pada jam 1330H..... Kepada peminat Jamboree nantikan kedatangan BERNAM JAYA MTB JAMBOREE pada Dis 2010






























Thursday, July 22, 2010

TREK RASMI SENTOSA CYCLING TEAM

Setelah sekian lama meredah somak somak..akhirnya SCT dapat juga menyediakan satu trek yang santai untuk di cuba......jom siapa yang beminat Pokok Sawit, Getah, Kayu, Sungai, Kerbau, Lumpur, Tanah Liat, Tarmac, Bukit, Busut, Padang Pasir, Somak, Kios Aziz...semuo ado...

Sunday, July 18, 2010

PERKHEMAHAN BERSAMA KELUARGA DI SUNGAI SENDAT ULU YAM BHARU

Alhamdullilah....perkhemahan bersama keluarga SCT telah selamat di adakan pada 17 & 18 Jul 2010...seramai 33 Rider & Keluarga serta 2 Rider dari PKNS MTB Club telah turut serta....Perkhemahan ini bertujuan untuk mengiratkan lagi ikatan silatulrahim dikalangan Riders SCT dan Keluarga....Terima Kasih kepada semua yang turut serta terutama sekali kepad En Kamal, En Salim dan En Rahmat kerana berusaha untuk menjayakan Aktiviti ini.

Sunday, July 11, 2010

HARI KELUARGA SENTOSA CYCLING TEAM

Aktiviti ini akan di adakan pada  hari Sabtu 17 Jul 2010 di Air Terjun Sungai Sendat.....semua riders yang ingin turut serta dalam aktiviti ini sila maklumkan kepada En Kamal sebelum Hari Khamis...diharap semua riders dapatlah bersama di dalam aktiviti ini.  Terima kasih...

Wednesday, July 7, 2010

ECC NITE JAMBOREE 2010 - BURUNG HANTU RIDE

Pendaftaran telah dibuka sehingga 30 Sep 2010.....semua riders SCT yng berminat untuk turut serta sila hubungi Tok Mood sebelum 30 Sep 2010....terima kasih

Monday, July 5, 2010

FORUM SEMPENA ISRAK MIKRAJ

Salam kepada semua Warga SCT......semoga tuan tuan telah sembuh dari kesejukkan. dan demam Piala Dunia......jom sebelum kita ke Kuala Selangor pada 10 Jul 2010... apa kata  pada hari Rabu 07 Jul 2010 jam 0800.....kita singgah dulu ke Masjid As Salam untuk menghayati Forum sempena Israk Mikraj anjuran Masjid ...semoga tuan tuan tidak menguzurkan diri....

ISRAK MIKRAJ


ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Umat Islam wajip mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu.

Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.

Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah.

Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.

“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra':1)

Tetapi bagaimana bagi mereka yang sangsi atau tidak mempercayainya langsung, malah menganggap ia satu kisah dogeng, seperti golongan yang kufur dengan nikmat Allah?

Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam pertama sekali kena percaya Allah itu Maha Berkuasa.

“Jadi, Allah boleh melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Perjalanan Nabi melalui peristiwa itu juga bukan atas kehendak nabi tetapi dengan kehendak Allah SWT,” .

Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi.

Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.”

Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s. dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga Baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Afrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.

Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.

Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.

Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.

Mohd Rani berkata, memang kejadian Israk dan Mikraj itu aneh tetapi semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka.

Bagi yang mengerti, katanya, kebenaran peristiwa itu tidak perlu dipersoalkan kerana maksud Maha Suci Allah seperti pada ayat 1 surah al-Isra' menunjukkan kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

“Dia yang menjalankan dengan kehendak-Nya, maksudnya Allah yang menjalankan dengan kehendak Allah.

“Malah, semua makhluk berjalan dengan kehendak Allah. Misalnya, hujan turun dengan kehendak Allah, perjalanan matahari mengikut peredaran yang tertib juga dengan kehendak Allah.

“Perkara ini harus difikirkan secara terbuka, iaitu dengan tujuan mahu mencari kebenaran, bukannya menutup kebenaran. Semua kena yakin Allah Maha Berkuasa. Jika awal-awal lagi tidak mahu percaya memang susahlah,” .

Dalam hal ini beliau mengadakan satu perumpamaan, jika Allah mahu seekor semut berjalan dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam tempoh 10 jam, memanglah kelihatan pelik dan sukar diterima.

“Tetapi dari segi akal sebenarnya boleh diterima, sebab mungkin ia menaiki kapal terbang atau memasuki saku baju penumpang.

“Sebab itu ada ayat dalam al-Quran yang bermaksud Maha Suci Allah iaitu merujuk kepada kekuasaan Allah.

“Supaya Allah perlihatkan tanda-tanda kebesaranNya, benda-benda zaman dulu tidak boleh lihat, tetapi Nabi boleh lihat, termasuk dengan roh Nabi.

“Batu di Masjidil Aqsa juga terangkat kerana hendak mengikut bersama Rasulullah s.a.w ke langit disebabkan sayang dan tidak hendak berpisah dengan Nabi. Itu adalah tanda kebenaran yang sangat jelas.

“Sesiapa saja boleh ke Baitul Maqdis melihat batu terbabit yang masih boleh dilihat dengan jelas hari ini,”.