SENTOSA CYCLING TEAM

AKTIVITI SANTAI

Monday, January 31, 2011

SCT DI TRAIL BUKIT SERIGALA SLIM RIVER BERSAMA PROCITY MTB & TM BIKERS PADA 30 JAN 2011

Pada 30 Jan 2011 akhirnya terlaksana juga Riders SCT menjejakan tayar basikal di Bukit Serigala Slim River ... kayuhan turut di sertai oleh 30 riders dari SCT, Procity MTB dan TM Bikers.  Kayuhan bermula tepat jam 0900, kelewatan adalah disebabkan ada riders yang berbelah bagi kerana cuaca.  Semua riders berpuas hati dengan hidangan bukit bukau yang membuatkan  hati berbelah bagi untuk meneruskan kayuhan ....walau bagaimanapun kesemua riders dapat menamatkan kayuhan sejauh lebih kurang 31 KM jam 1257 tengahari.  Terima kasih kepada Riders Procity MTB & TM Bikers kerana turut serta  memeriahkan kayuhan......Pic sila ke Lensa SCT







Monday, January 24, 2011

MAJLIS & KAYUHAN IKATAN SILATURAHIM - 22 & 23 JAN 2011

Majlis berlangsung di Restoran Cheng Hoo Wangsa Maju pada 22 Jan 2011 dengan di hadiri seramai 30 Riders Sentosa Cycling Team .... manakala kayuhan pada 23 Jan 2011 seramai 32 Rider telah turut serta . Laluan kayuhan sejauh 25 KM trail SCT. Tujuan Majlis & Kayuhan ini untuk merapatkan lagi ikatan silaturahim di antara riders.



Thursday, January 20, 2011

MAJLIS WALIMATUL URUS EN RAHMAT HJ ARIFFIN

Majlis tersebut akan berlangsung pada 05 Feb 2011 ...... Semua Riders yang mengenalinya di Jemput ke Rumah beliau pada tarikh yang tertera diKad Jemputan berikut.   Untuk Riders SCT di jemput ke rumah beliau mulai 04 Feb 2011 Lepas Isyak sehingga hari berlangsungnya Majlis tersebut.... Bekampung bro..........

Monday, January 17, 2011

JERAI MOUNTAINBIKE JAMBOREE 2011 - 16 JAN 2011


Pembukaan Tahun 2011, Sentosa Cycling Team telah berkunjung ke Utara Tanah Air semata mata untuk mencari kepuasan dalam cabaran Jerai Mountainbike Jamboree 2011 pada 16 Jan 2011 di Perwaja Steel, Gurun, Kedah.  Perjalan ke Utara di bahagikan kepada dua Kumpulan ... Kumpulan Pertama bergerak pada hari Sabtu Jam 1000 pagi ..... Kumpulan Kedua pada jam 0400 petang.  Penginapan di Taman Perumahan Perwaja & Hotel Harvard Suasana,..... Kayuhan  bermula pada jam 0745 ...Jarak kayuhan 47km dengan keadaan laluan yang mudah tapi memenatkan......seramai 14 riders SCT dan yang terakhir dapat menamatkan kayuhan pada jam 1215. Terima kasih JMJ 2011 tidak terlampau mendera kami yang datang dari jauh.       Sila ke Lensa SCT untuk PIC lain.

Monday, January 3, 2011

KAYUHAN BERSAMA YB MOHD ISA - DUN BATANG KALI - 09HB JAN 2011

Kepada semua warga SCT yang berada di luar dan dalam Bukit Sentosa kayuhan tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 090745H Jan 2011 .... road tarmac Rasa to Dem ..... nak terus ke GAP & Puncak Fraser boleh juga tapi masa sendiri......RV Aziz Kios 090630H Jan 2011 .... Jom warga SCT Layaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnn....zasssss zassssss