SENTOSA CYCLING TEAM

AKTIVITI SANTAI

Sunday, December 19, 2010

CABARAN JERAI MOUNTAINBIKE JAMBOREE 2011

Seramai 15 Riders akan beraksi di cabaran Jerai MTB 2011 pada 16/16 Jan 2011 ...... berikut riders yang terlibat.....harap dapat membuat persiapan mulai sekarang:

526 - Mat Jawa
527 - Tuan Sabri Tuan Mat
528 - Tuan Haji Zainal Azhar Zainuddin
529 - YM Tengku Zainal Tengku Jaafar
530 - Ustaz Zailani Karim
531 - En Mohamad Salim Achil
532 - En Bandrol Hisham Mat Noh
533 - En Mohamad Faris Fahmi Zailani
534 - En Khairul Niza Hussin
535 - En Mohd Amirul Fami Md Nasir
536 - En Mohamad Alimi Ismail
537 - En Hanazli Bin Abdul Halim
538 - En Rahmat Hj Ariffin
539 - En Nasrudin Abd Shukor
1334 - En Latiff Baharuddin

Thursday, December 16, 2010

TEMPAHAN BAJU SENTOSA CYCLING TEAM

Tempahan baju untuk Riders Sentosa Cycling Team di buka sekarang........baju cycling RM40.00 & T/Shirt RM20.00...zaass sapa minat sila SMS nama untuk ditulis di baju......size & bayaran kepada tok mood....tq

Monday, December 6, 2010

TERIMA KASIH DARI KAMI TEAM MARSHALL BJJ10

Terima kasih dari kami Team Marshall BJJ10 kepada semua riders  yang turut serta memeriahkan BJJ10 ... kami telah cuba sedaya upaya memberikan kepuasan di laluan trek sejauh lebih kurang 45KM....apa yang terkurang kami Team Marshall BJJ10 dari Sentosa Cycling Team memohon jutaan ampun dan maaf.......semuga jumpa lagi di Hulu Selangor ...... untuk photo BJJ10 sila ke LENSA SCT.....



Monday, November 15, 2010

Ahad 14 Nov 2010 Sentosa Cycling Team telah  membuat cubaan menjejaki trek yang menjadi sebutan  dari  pengemar pengemar sukan MTB.  Jam 0830 kayuhan telah di mulakan dengan disertai 26 riders SCT dan Riders Persendirian Sekitar Lembah Kelang.   7 KM Laluan tarmac tidak pernah terlepas ... turun naik busut busut kecil membuatkan kaki bertambah lenguh......8 km menyaksikan kombinasi laluan single trek dan laluan trek balak yang licin membuatkan Riders amat berhati hati melalui laluan tersebut.........laluan yang amat cantik jika hujan tidak turun pada pagi tersebut.... setelah melalui laluan berbagai bagai rupa betuk muka bumi akhirnya kesemua riders dapat menamatkan kayuhan pada jam 1245..Syabas kepada Lead Trek En Jos (PRCC) & En Izudin serta Riders SCT yang terlibat..


Monday, November 1, 2010

Ecc Nite Ride Mtb Jamboree 2010 Slideshow

Ecc Nite Ride Mtb Jamboree 2010 Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Ecc Nite Ride Mtb Jamboree 2010 Slideshow ★ to Kuala Lumpur and Ayer Keroh by Mat Jawa. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Pada 30 Okt 2010 maka hari yang ditunggu sekian lama telah tiba.  Seramai 18 Rider SCT mula meninggalkan Bukit Sentosa pada jam 1030 menuju ke Distinasi berlangsungnya 2010 ECC NITE JAMBOREE.  Sesampainya kumpulan konvoi SCT di Perhentian Seremban pada jam 1200...Riders mengambil kesempatan menjamu selera dan berpecah kepada dua kumpulan konvoi.....satu konvoi menuju ke Seremban..kumpulan kedua meneruskan perjalanan ke Melaka. Di Seremban Riders sempat menyaksikan pertandingan ragbi yang disertai oleh anak salah seorang riders SCT.  Jam 0300 petang semua Riders telah berada di Melaka untuk membuat persiapan menghadapi cabaran kayuhan malam.  Selepas solat berjemaah semua riders mula meninggalkan lokasi penginapan menuju ke Dataran Ayer Keroh untuk meneruskan cabaran.   Tepat jam 0845 petang cabaran bermula......semua riders memecut laju tanpa menoleh kebelakang menuju ke CP 1 dengan jarak kayuhan 17km....hidangan yang disediakan membuatkan riders yang baru mula berjinak dengan MTB rebah satu persatu.....kombinasi tamac & Offroad yang memerlukan kesabaran...licin..melekat.....mendagu...melompat semua ada di laluan CP1.....1015 semua riders SCT telah berada di CP1 kecuai dua riders ... selepas menunggu sehingga 1045 kayuhan ke CP 2 terpaksa diteruskan tanpa 2 riders....laluan 9KM menuju ke CP2 ini amat mengembirakan kerana tidak banyak busut yang perlu di panjat....tetapi laluan ini amat licin menyebabkan beberapa kali saya hampir tersembam.....CP 2 dapat ditawan tepat jam 1130....sambil menunggu 4 riders.... kesempatan ini diambil untuk minum sakan. ....6KM ke CP3 diteruskan tanpa 2 Riders.....laluan ini hampir menjadi bubur......turun naik basikal bepuluh kali.......akhirnya kami sampai di CP3 tepat jam 1215....4KM ke CP4 hanya laluan licin yang ada......CP4 dapat ditawan pada jam 1250........sambil menunggu 4 riders pisang & air sakan sakan ditelan.......5KM ke CP 5 diteruskan tanpa 4 riders .......laluan ini amat menyeramkan single track yang licin ...downhill yang agak bahaya hanya riders yang dpt mengawal MTB dengan baik dapat menawan laluan ini..... CP5 dapat ditawan pada  310136 pagi......... .

Monday, October 25, 2010

UJIAN KAYUHAN LALUAN JAMBOREE MTB PKNS BERNAM JAYA

Terlebih dahulu SENTOSA CYCLING TEAM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana di beri kepercayaan untuk membantu menjayakan BERNAM JAYA MTB JAMBOREE 2010 yang akan berlangsung pada 05 Dis 2010.  Selepas Taklimat daripada En Iswardy  PKNS dan bacaan doa selamat oleh En Azam PRCC.   Tepat jam 0830 24hb. Okt 2010 seramai 31 riders memulakan Kayuhan ujian ini.. Kayuhan pada kali ini SCT di temani oleh Team Sungai Buaya yang tidak mahu ketinggalan  untuk turut menguji laluan ini. KM1 hingga KM7 hanya sajian tarmac sahaja yang disajikan.  Mungkin tarmac ini sengaja di sajikan  bagi tujuan untuk memanaskan urat urat kaki yang mungkin masih belum bersedia menerima kejutan di laluan laluan mendatang.  KM8 hingga KM 20 herm laluan yang amat mencabar dengan sajian Bukit Bukit.....Busut Busut.....Ladang Pisang .... Kelapa Sawit semuanya ada.....Satu laluan yang mengasikan. dan sedikit memeritkan....view yang cantik herm rugi sapa tak cuba. Pemilihan laluan yang amat baik.... Terima Kasih En Iswardy....En Din & Krew. .....KM21 hingga KM43 laluan ini mungkin disediakan untuk kaki kaki race MTB....boleh pecut hingga kecut perut  ....downhill sampai ketaq tangan  ....uphill adalah sikit sikit.....disini  rider mungkin kehabisan air jika  menyedut sakan tapi jangan risau hari jadi, air belambak.....tak cukup kita ceduk air Sungai Sebarau..sejuk & nyaman sekali kalau dapat berendam disitu.....Jam 12 rider yang memecut laju dah pun sampai .... Saya macam  biasalah hampir jam 0200 Ptg baru nak sampai .... maklumlah injin dah lama......apa pun terima kasih sekali lagi kepada En Iswardy .. En Din & Krew kerana menyambut kehadiran kami dengan Nasi Lemak mula kayuhan & Air 100 selepas Kayuhan.....Kombinasi Laluan yang baik....tak caya cuba pada 05 Dis 2010....Pic kenangan sila lihat di Lensa Team....Jumpa lagi pada 05 Dis 2010.

Sunday, October 17, 2010

KAYUHAN KALI KEDUA FRASER'S HILL 82KM PB



Cubaan kayuhan ke Fraser's Hill pada 17 Okt 2010 Anjuran Kayuh Beb & As Sakinah CC serta  sokongan dari Riders Riders yang turut serta telah berjalan dengan amat sempurna.......Terima kasih kepada pihak penganjur....Kayuhan pada kali ini disertai oleh  lebih 30 riders dari Team Kayuh Beb, As Sakinah CC, SCT dan Riders Riders sekitar Selangor & Hulu Selangor.  . Kayuhan bermula pada jam 0830...KM 1 hingga KM 12 amat menyeronokkan kerana bekalan tenaga masih di paras maximum.   Dipuncak Splash sebahagian Riders mengambil kesempetan bergambar sehingga ada yang terlupa perjalanan  masih jauh lagi....kesempatan ini diambil oleh riders riders lain termasuk saya memecut laju meninggalkan mereka jauh kebelakang. KM 13 hingga KM 29 menyaksikan busut busut yang tersusun rapi di hadapan...satu demi satu di jajah walaupun punggung kian menebal dan perit.   Kayuhan tetap diteruskan....kesabaran demi kesabaran akhirnya kami sampai juga di Gap pada jam 1115 pagi.......apa lagi berehat sakanlah kami di Gap....puas..puas....Pada Jam 1125 pagi kami meneruskan perjalanan ke Puncak Freser"s Hill.....disini Busut tidak kelihatan langsung hanya sebaris bukit bukit tersusun di hadapan menanti kami...KM di KM kami tetap sabar walaupun Lampu Ultramen di dada telah memberikan  amaran menandakan tenaga semakin berkurangan.....di sini banyak kesabaran di perlukan.....Setelah puas bersabar akhirnya di KM 3 kami terpaksa berehat jua untuk seketika......Tepat jam 1200 perjalan menuju ke Puncak di teruskan.....kegembiraan terpancar di KM 2 & KM 1 kami tidak perlu membuat kayuhan kuda kami boleh berjalan sendiri.....akhirnya jam 1245 kami mendarat dengan selamat.........di puncak kami mengambil kesempata merakam kenangan dengan bergambar sakan bersama riders riders lain ........Di Puncak juga kami sempat menunaikan Solat Zohor berjemaah di Imamkan oleh Tuan Haji Zainal.     Tepat jam 0200 Petang kami meneruskan perjalan balik ke Kuala Kubu Baharu......erm....kuda kami terus meluncur laju....tanpa gangguan sehingga di Busut tiga beradik Splash......setelah hampir nak KO kami sampai juga di Kuala Kubu Bharu pada jam 0315 petang......herm 82 KM cukup puas untuk bekalan selama seminggu...
.

Wednesday, September 29, 2010

ECC NITE JAMBOREE 2010 PADA 30 - 31 OKT 2010

2010 Burung Hantu Jamboree pada 30 - 31 Okt 2010 bermula dari Dataran Air Keroh - Bandar Baru Melaka - Hang Tuah Jaya dengan jarak kayuhan 45 KM mempunyai 5 Check Point. Disetiap CP disediakan Air & Pisang....Riders tidak perlu risau tentang gelap, di setiap 50m dipasang lampu LED.....Marshal Kayuhan & Scrambler sentiasa mengawasi Riders .....CP 1 17KM drp Tempat pelepasan menyaksikan kombinasi Jalan Raya & Offroad....CP 2 9KM dari CP 1 dimana para riders yang tidak dapat meneruskan kayuhan boleh lah melalui Jalan Keluar....CP 3 terletak 6KM dari pada CP 2.......CP4 4KM drp CP3......manakala CP 5 5KM drp CP4....seterusnya 4KM ke CP Penamat Kayuhan. Kepada 17 Riders SCT yang telah mengesahkan  akan turut serta dapatlah kiranya membuat sedikit persiapan mulai sekarang.......Jom kita ke Melaka .....Enjoy dengan kayuhan.....

EN MOHAMAD JAMIL - PLATE NO 768
TUAN SABRI TUAN MAT - PLATE NO 769
EN RAHMAT HJ ARIFFIN - PLATE NO 770
EN MOHD NOORDIN ISHAK - PLATE NO 771
EN HANAZLI ABDUL HALIM - PLATE NO 772
EN MOHD ALIMI ISMAIL - PLATE NO 773
EN HARUN MD RAUS -PLATE NO 774
EN MOHAMAD SALIM ACHIL - PLATE NO 775
EN BADROL HISHAM MAT NOH - PLATE NO 776
EN ABD RAHMAN SUKIMI - PLATE NO 777
EN ZAIMAZAMI ABD KARIM - PLATE NO 778
TUAN HAJI ZAINAL AZHAR ZAINUDIN - PLATE NO 779
USTAZ ZAILANI KARIM - PLATE NO 780
EN MOHD NASIR BIN MOHD NAWI - PLATE NO 781
EN NASRUDIN BIN ABD SHUKOR - PLATE NO 782
EN NOORKAMAL AFFANDI BIN SHAHUDINN - PLATE NO 783
EN ROSLAN BIN JELANI - PLATE NO 784



Monday, September 27, 2010

KAYUHAN HARI LEBARAN DI TREK HASH BUKIT BERUNTUNG

Pada 26 Sep 2010 Seramai 41 Riders dari Team sekitar Hulu Selangor dan Selangor telah menyertai kayuhan ini. Jarak kayuhan hanya 28 KM tetapi amat memeritkan terutama sekali di KM 18 kawasan bukit sawit...walau bagaimanapun dengan semangat yang kental semua riders dapat menamatkan kayuhan dengan bergaya. Terima kasih PERIMA RIDERS CYCLING CLUB selaku Host kayuhan pada hari tersebut.

APA KATA RIDERS TENTANG KAYUHAN & TREK

KAYUHAN BUKIT TAGAR TREK PENUH - 25 SEP 2010

Wednesday, September 22, 2010

ECC NITE JAMBOREE 2010 PADA 30 - 31 OKT 2010

Seramai 16 riders akan turut serta ke cabaran ECC Nite Jamboree pada 30 -31 Okt 2010

EN MOHAMAD JAMIL
TUAN SABRI TUAN MAT
EN RAHMAT HJ ARIFFIN
EN MOHD NOORDIN ISHAK
EN HANAZLI ABDUL HALIM
EN MOHD ALIMI ISMAIL
EN HARUN MD RAUS
EN MOHAMAD SALIM ACHIL
EN BADROL HISHAM MAT NOH
EN ABD RAHMAN SUKIMI
EN ZAIMAZAMI ABD KARIM
TUAN HAJI ZAINAL AZHAR ZAINUDIN
USTAZ ZAILANI KARIM
EN MOHD NASIR BIN MOHD NAWI
EN NASRUDIN BIN ABD SHUKOR
EN ROSLAN BIN JELANI
EN NOORKAMAL AFFANDI BIN SHAHUDIN


Semua riders terlibat di harap dapat membuat persiapan mulai sekarang. Perbincangan penyatuan akan diberitahu kemudian...

Monday, September 20, 2010

RIDERS SCT BERSAMA BERNAM JAYA MTB JAMBOREE 2010

Seramai 22 rider dijangka akan terlibat untuk menjayakan Bernam Jaya MTB Jamboree 2010 anjuran PKNS yang dijadualkan  pada 05 Dis 2010.  Semua riders berikut di bawah diharap dapatlah kiranya membuat persiapan dan melapangkan masa pada tarikh tsb.....bentuk tugasan akan diberi tahu kemudian.


EN MOHAMAD BIN JAMIL
TUAN SABRI BIN TUAN MAT
EN RAHMAT BIN HJ ARIFFIN
EN MOHD NOORDIN BIN ISHAK
EN HANAZLI BIN ABDUL HALIM
EN MOHAMAD ALIMI BIN ISMAIL
EN HARUN BIN MD RAUS
EN MOHAMAD SALIM BIN ACHIL
EN BADROL HISHAM BIN MAT NOH
EN ABD RAHMAN BIN SUKIMI
EN ZAIMAZAMI BIN ABD KARIM
USTAZ ZAILANI BIN KARIM
EN ABD RAZAK BIN YAAKOB
EN LATIF BIN YUSOFF
EN AZHAM BIN KAMARUDIN - prcc
EN JOSNIZAM AIZAN - prcc
EN AZIZAT BIN ABU BAKAR 
EN MOHD YUSOF BIN ZAKARIA
EN KHAIRULNIZA BIN HUSSAIN
EN ISMAIL HUSIN
EN NOORKAMAL AFFANDI BIN SHAHUDIN
EN NASRUDIN BIN ABD SHUKOR




Sunday, September 5, 2010

SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN DARI KAMI SEMUA DI SENTOSA CYCLING TEAM

Maaf Zahir & Batin kepada pengemar Blog SCT.....Kepada yang membuat perjalan jauh.....berhati hati di jalan Raya.....

Monday, August 16, 2010

MINI JAMBOREE DI BUKIT SENTOSA RAWANG SELANGOR

Bukit Sentosa Rawang Selangor atau lebih dikenali dengan nama Bukit Beruntung yang sedang pesat membangun terletak kira kira 20 KM daripada pekan Rawang..  Mempunyai Trek MTB sejauh 43 KM & 60 KM yang telah di rintis oleh Sentosa Cycling Team. Trek ini telah diuji oleh beberapa  Kelab/Team MTB dari luar kawasan Bukit Sentosa.......kepada Pengemar Sukan MTB nantikan kedatangannya....

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT BERPUASA SEMUA RIDERS SCT

Sempena Bulan Ramadan aktiviti kayuhan tetap akan di adakan pada tiap tiap hari mulai jam 1800Hhingga 1900H tetapi atas usaha sendiri.....selamat berpuasa....

Tuesday, July 27, 2010

Kayuhan bersama Kelab MTB PKNS pada  24 Jul 2010 disertai oleh 20 riders.....10 Riders SCT dan 10 Riders Kelab MTB & Perseorangan.   Acara dimulakan dengan sesi Makan Nasi Lemak Sponser By En Sharuddin PKNS....begambo dan Bacaan Doa Selamat.   Kayuhan dimulakan seawal 0830 dari Pejabat Jualan PKNS melalui Jalan Lama Tarmac  arah Tanjong Malim.  KM 5 arah kayuhan bertukar menuju ke Jalan Tarmac Ulu Bernam dan seterusnya menuju ke laluan Offroad yang menyaksikan panorama indah di Kebun Pisang...boleh tahan busut kedua selepas busut tarmac Ulu Bernam.   Semua riders nampak selamba je sehingga di KM 8KM 8....9 dan seterusnya riders mula berpecah mengikut kumpulan kecil membuatkan sweper menjadi resah dan bertanya pada diri sendiri teruk ke Trek ni....Setelah puas melalui laluan yang sukar akhirnya kumpulan pertama sampai ke Pintu Gerbang Bernam Jaya pada jam 1030 pagi.   Disitu kami mengambil kesempatan berehat sakan sambil menunggu kumpulan kedua sampai.....Akhirnya kegelisahan kaki kami makin memuncak sehingga tidak dapat menahan sabar menunggu....Kayuhan diteruskan tanpa kumpulan kedua...........Laluan kali ini amat berbeza .....walaupun berbeza semua laluan dapat dilalui dengan peluh bercucuran........disebabkan kesuntukan masa kami hanya berjaya menamatkan kayuhan sejauh 30km pada jam 1330H..... Kepada peminat Jamboree nantikan kedatangan BERNAM JAYA MTB JAMBOREE pada Dis 2010






























Thursday, July 22, 2010

TREK RASMI SENTOSA CYCLING TEAM

Setelah sekian lama meredah somak somak..akhirnya SCT dapat juga menyediakan satu trek yang santai untuk di cuba......jom siapa yang beminat Pokok Sawit, Getah, Kayu, Sungai, Kerbau, Lumpur, Tanah Liat, Tarmac, Bukit, Busut, Padang Pasir, Somak, Kios Aziz...semuo ado...

Sunday, July 18, 2010

PERKHEMAHAN BERSAMA KELUARGA DI SUNGAI SENDAT ULU YAM BHARU

Alhamdullilah....perkhemahan bersama keluarga SCT telah selamat di adakan pada 17 & 18 Jul 2010...seramai 33 Rider & Keluarga serta 2 Rider dari PKNS MTB Club telah turut serta....Perkhemahan ini bertujuan untuk mengiratkan lagi ikatan silatulrahim dikalangan Riders SCT dan Keluarga....Terima Kasih kepada semua yang turut serta terutama sekali kepad En Kamal, En Salim dan En Rahmat kerana berusaha untuk menjayakan Aktiviti ini.

Sunday, July 11, 2010

HARI KELUARGA SENTOSA CYCLING TEAM

Aktiviti ini akan di adakan pada  hari Sabtu 17 Jul 2010 di Air Terjun Sungai Sendat.....semua riders yang ingin turut serta dalam aktiviti ini sila maklumkan kepada En Kamal sebelum Hari Khamis...diharap semua riders dapatlah bersama di dalam aktiviti ini.  Terima kasih...

Wednesday, July 7, 2010

ECC NITE JAMBOREE 2010 - BURUNG HANTU RIDE

Pendaftaran telah dibuka sehingga 30 Sep 2010.....semua riders SCT yng berminat untuk turut serta sila hubungi Tok Mood sebelum 30 Sep 2010....terima kasih

Monday, July 5, 2010

FORUM SEMPENA ISRAK MIKRAJ

Salam kepada semua Warga SCT......semoga tuan tuan telah sembuh dari kesejukkan. dan demam Piala Dunia......jom sebelum kita ke Kuala Selangor pada 10 Jul 2010... apa kata  pada hari Rabu 07 Jul 2010 jam 0800.....kita singgah dulu ke Masjid As Salam untuk menghayati Forum sempena Israk Mikraj anjuran Masjid ...semoga tuan tuan tidak menguzurkan diri....

ISRAK MIKRAJ


ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Umat Islam wajip mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu.

Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.

Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah.

Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.

“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra':1)

Tetapi bagaimana bagi mereka yang sangsi atau tidak mempercayainya langsung, malah menganggap ia satu kisah dogeng, seperti golongan yang kufur dengan nikmat Allah?

Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam pertama sekali kena percaya Allah itu Maha Berkuasa.

“Jadi, Allah boleh melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Perjalanan Nabi melalui peristiwa itu juga bukan atas kehendak nabi tetapi dengan kehendak Allah SWT,” .

Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi.

Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.”

Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s. dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga Baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Afrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.

Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.

Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.

Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.

Mohd Rani berkata, memang kejadian Israk dan Mikraj itu aneh tetapi semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka.

Bagi yang mengerti, katanya, kebenaran peristiwa itu tidak perlu dipersoalkan kerana maksud Maha Suci Allah seperti pada ayat 1 surah al-Isra' menunjukkan kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

“Dia yang menjalankan dengan kehendak-Nya, maksudnya Allah yang menjalankan dengan kehendak Allah.

“Malah, semua makhluk berjalan dengan kehendak Allah. Misalnya, hujan turun dengan kehendak Allah, perjalanan matahari mengikut peredaran yang tertib juga dengan kehendak Allah.

“Perkara ini harus difikirkan secara terbuka, iaitu dengan tujuan mahu mencari kebenaran, bukannya menutup kebenaran. Semua kena yakin Allah Maha Berkuasa. Jika awal-awal lagi tidak mahu percaya memang susahlah,” .

Dalam hal ini beliau mengadakan satu perumpamaan, jika Allah mahu seekor semut berjalan dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam tempoh 10 jam, memanglah kelihatan pelik dan sukar diterima.

“Tetapi dari segi akal sebenarnya boleh diterima, sebab mungkin ia menaiki kapal terbang atau memasuki saku baju penumpang.

“Sebab itu ada ayat dalam al-Quran yang bermaksud Maha Suci Allah iaitu merujuk kepada kekuasaan Allah.

“Supaya Allah perlihatkan tanda-tanda kebesaranNya, benda-benda zaman dulu tidak boleh lihat, tetapi Nabi boleh lihat, termasuk dengan roh Nabi.

“Batu di Masjidil Aqsa juga terangkat kerana hendak mengikut bersama Rasulullah s.a.w ke langit disebabkan sayang dan tidak hendak berpisah dengan Nabi. Itu adalah tanda kebenaran yang sangat jelas.

“Sesiapa saja boleh ke Baitul Maqdis melihat batu terbabit yang masih boleh dilihat dengan jelas hari ini,”.