SENTOSA CYCLING TEAM

AKTIVITI SANTAI

Sunday, October 17, 2010

KAYUHAN KALI KEDUA FRASER'S HILL 82KM PB



Cubaan kayuhan ke Fraser's Hill pada 17 Okt 2010 Anjuran Kayuh Beb & As Sakinah CC serta  sokongan dari Riders Riders yang turut serta telah berjalan dengan amat sempurna.......Terima kasih kepada pihak penganjur....Kayuhan pada kali ini disertai oleh  lebih 30 riders dari Team Kayuh Beb, As Sakinah CC, SCT dan Riders Riders sekitar Selangor & Hulu Selangor.  . Kayuhan bermula pada jam 0830...KM 1 hingga KM 12 amat menyeronokkan kerana bekalan tenaga masih di paras maximum.   Dipuncak Splash sebahagian Riders mengambil kesempetan bergambar sehingga ada yang terlupa perjalanan  masih jauh lagi....kesempatan ini diambil oleh riders riders lain termasuk saya memecut laju meninggalkan mereka jauh kebelakang. KM 13 hingga KM 29 menyaksikan busut busut yang tersusun rapi di hadapan...satu demi satu di jajah walaupun punggung kian menebal dan perit.   Kayuhan tetap diteruskan....kesabaran demi kesabaran akhirnya kami sampai juga di Gap pada jam 1115 pagi.......apa lagi berehat sakanlah kami di Gap....puas..puas....Pada Jam 1125 pagi kami meneruskan perjalanan ke Puncak Freser"s Hill.....disini Busut tidak kelihatan langsung hanya sebaris bukit bukit tersusun di hadapan menanti kami...KM di KM kami tetap sabar walaupun Lampu Ultramen di dada telah memberikan  amaran menandakan tenaga semakin berkurangan.....di sini banyak kesabaran di perlukan.....Setelah puas bersabar akhirnya di KM 3 kami terpaksa berehat jua untuk seketika......Tepat jam 1200 perjalan menuju ke Puncak di teruskan.....kegembiraan terpancar di KM 2 & KM 1 kami tidak perlu membuat kayuhan kuda kami boleh berjalan sendiri.....akhirnya jam 1245 kami mendarat dengan selamat.........di puncak kami mengambil kesempata merakam kenangan dengan bergambar sakan bersama riders riders lain ........Di Puncak juga kami sempat menunaikan Solat Zohor berjemaah di Imamkan oleh Tuan Haji Zainal.     Tepat jam 0200 Petang kami meneruskan perjalan balik ke Kuala Kubu Baharu......erm....kuda kami terus meluncur laju....tanpa gangguan sehingga di Busut tiga beradik Splash......setelah hampir nak KO kami sampai juga di Kuala Kubu Bharu pada jam 0315 petang......herm 82 KM cukup puas untuk bekalan selama seminggu...
.

No comments:

Post a Comment