Terlebih dahulu SENTOSA CYCLING TEAM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana di beri kepercayaan untuk membantu menjayakan BERNAM JAYA MTB JAMBOREE 2010 yang akan berlangsung pada 05 Dis 2010. Selepas Taklimat daripada En Iswardy PKNS dan bacaan doa selamat oleh En Azam PRCC. Tepat jam 0830 24hb. Okt 2010 seramai 31 riders memulakan Kayuhan ujian ini.. Kayuhan pada kali ini SCT di temani oleh Team Sungai Buaya yang tidak mahu ketinggalan untuk turut menguji laluan ini. KM1 hingga KM7 hanya sajian tarmac sahaja yang disajikan. Mungkin tarmac ini sengaja di sajikan bagi tujuan untuk memanaskan urat urat kaki yang mungkin masih belum bersedia menerima kejutan di laluan laluan mendatang. KM8 hingga KM 20 herm laluan yang amat mencabar dengan sajian Bukit Bukit.....Busut Busut.....Ladang Pisang .... Kelapa Sawit semuanya ada.....Satu laluan yang mengasikan. dan sedikit memeritkan....view yang cantik herm rugi sapa tak cuba. Pemilihan laluan yang amat baik.... Terima Kasih En Iswardy....En Din & Krew. .....KM21 hingga KM43 laluan ini mungkin disediakan untuk kaki kaki race MTB....boleh pecut hingga kecut perut ....downhill sampai ketaq tangan ....uphill adalah sikit sikit.....disini rider mungkin kehabisan air jika menyedut sakan tapi jangan risau hari jadi, air belambak.....tak cukup kita ceduk air Sungai Sebarau..sejuk & nyaman sekali kalau dapat berendam disitu.....Jam 12 rider yang memecut laju dah pun sampai .... Saya macam biasalah hampir jam 0200 Ptg baru nak sampai .... maklumlah injin dah lama......apa pun terima kasih sekali lagi kepada En Iswardy .. En Din & Krew kerana menyambut kehadiran kami dengan Nasi Lemak mula kayuhan & Air 100 selepas Kayuhan.....Kombinasi Laluan yang baik....tak caya cuba pada 05 Dis 2010....Pic kenangan sila lihat di Lensa Team....Jumpa lagi pada 05 Dis 2010.
No comments:
Post a Comment