Pergerakan Konvoi Riders pada kali ini terbahagi kepada 4 Group yang berbeza beza haluan sebelum melakukan kayuhan pada 30 Mei 2010. Alpine Village Apartment, Persiaran Lagoon Sunway City tempat penginapan kami...Keesokan hari selepas solat subuh berjemaah kami menuju ke distinasi yang ditunggu tunggu....Tepat jam 0800am 30 Mei 2010 SCT seperti biasa mengambil kedudukan dihadapan garis permulaan kayuhan.....
Permulaan kayuhan laluan tarmac .....semua riders SCT tersenyum lebar sambil posing bergambo gambo sakan....sampai tak sedar diri dah ketinggalan jauh dari riders riders lain....
KM 3 - 4 kami hampir terkejut beruk kerana x sangka bukit batu kapur yang menjadi bahan ketawa pada malam sebelum kayuhan akhirnya menjadi laluan wajib untuk sampai ke CP2....herm stem sampai kedagu beb.....
Hampir satu jam berada di laluan offroad bukit batu kapur ..... akhirnya kami sampai juga ke puncak walaupun MTB......lega selepas tebatuk & semput menolak kuda... akhirnya dihadapan hidangan downhill yang mengegarkan seluruh badan......puas puas.......riders SCT yang lain entah ke mana, mungkin lepaskan gian atau brek ped mahal, downhill tak payah pakai brek....tapi CP2 tetap tak nampak..aduh...
Setelah hampir putus nyawa akhirnya kami sampai juga di CP2.....disini rehat lama gak.....Dalimi yang memacu kuda tbolt mengambil kesempatan mengisi gas sebelum turun laluan drop yang merbahaya ......dilaluan drop, jurugambar tak berapa sempat merakam aksi riders takut terbabas ke dalam sungai ......laluan drop yang cantik tapi merbahaya untuk dicuba......
Berbekalkan semangat baru setelah melepaskan lelah di CP2 perjalanan diteruskan menuju ke CP3......macam macam ada.......akhirnya kami sampai juga ke Bukit Botak ...laluan yang disebut sebut oleh riders riders semasa di CP2...Bukit ini sekali lagi mencabar kekentalan semangat kami.....berbekalkan semangat yang kejap ada kejap tak de....akhirnya kami sampai juga ke atas....jam 1202 kami masih Di CP3 berehat sakan sembil menunggu bekalan air yang tak kunjung tiba......riders SCT yang lain hilang entah kemana.....mungkin ketika ini sedang menikmati air jambu atau lima bali Ipoh Kut.....selepas mendapat bekalan air kami bertiga memecut laju menuju ke CP4 malangnya CP4 terlepas pandang membuatkan kami bertiga terus sampai ke CP5 dan akhirnya ke garisan penamat.....alhamdullilah...semua rider SCT selamat sampai ...
Tahniah kerana berjaya menyertai Ipoh Jamboree. Kami KSCC sibuk dengan kenduri kahwin termasuk seorang rider kahwin. Mohon tukar blog kegemaran link daripada http://kuscyc.ning.com kepada http://kuscyc.com. ini yang terbaru dan berbayar da..... blog aku seperti biasa http://akudanbasikal.blogspot.com
ReplyDelete