Hari yang dinanti akhirnya tiba juga, seawal 10 pagi semua riders SCT yang menyertai cabaran Jasin MTB Jamboree telah berkumpul di RV yang telah ditetapkan. Masing masing sibuk membuat persiapan untuk membawa basikal dan peralatan kayuhan......tepat jam 12 tengahari konvoi didahului dengan kenderaan pacuan empat roda....seterusnya diikuti oleh Van yang sarat membawa peralatan kayuhan dan tiga buah kereta yang membawa riders SCT dan 2 Riders dari PKNS MTB Club.
Kami tiba di Stadium Jasin lebih kurang jam 0400. ptg.....dari Stadium Jasin kami terus menuju ke Kampung Tembakau tempat penginapan kami.....Sampai di tempat penginapan semua riders mengambil kesempatan merehatkan diri dan melakukan perkara perkara yang wajib sebelum membuat persiapan untuk membuat kayuhan malam di sekitar kawasan Jasin dan Umbai....selepas sahaja sembahyang Magrib berjemaah kami membuat kayuhan malam menuju ke Umbai untuk menjenguk ikan bakar.....malam tu kami makan sakan sampai nak buat kayuhan balik ke tempat penginapan rasanya mahu ditangguhkan.
Keesokan harinya semua riders bangun seawal 5 pagi .....selepas solat subuh kami bergerak ke Stadium Jasin untuk memulakan cabaran......penyertaan menjangkau ke 800 riders....selepas taklimat.. tepat jam 0800 pagi pelepasan telah dilakukan oleh orang kuat Jasin MTB Jamboree.
Hebat persiapan Jasin MTB Jamboree...tahniah penganjur....trek tarmac kacanglah......sampai di KM 1.5 seorang riders SCT En Halimi telah terlibat di dalam kemalangan kecil ......semangat juang dan rawatan yang di berikan oleh awek cun membolehkan beliau meneruskan kayuhan.
Km 3 menyaksikan kesemua riders yang memecut laju di hadapan terpaksa akur dan berpatah balik disebabkan trek yang disediakan tiga bulan yang lepas telah hilang.......waduh frust...ada yang mengamuk ada yang marah kepada penganjur...tu berader yang naik skuter jadi sasaran riders...tapi tak pe adat bekayuh...sesat patahlah balik.....
KM 4, 5, 6 dan seterusnya kami tercari cari mana peginya bukit bukit kat Jasin ni....Bukit Langsat yang dikatakan mempunyai ketinggian yang luar biasa pun tak kelihatan.....kalau trek cam ni kacanglah setakat 50KM....sedang kami hayal melayan trek yang mendatar sehingga terlepas tanda arah......tiba tiba di KM28 nah tersergam sebuah Bukit yang bernama Bukit Langsat yang bertingkat tingkat......saya hanya berjaya membuat kayuhan sehingga ke tingkat dua sahaja.....yang lain apa lagi MTB lah.....seterusnya sehingga ke KM 40 sajian yang ada hanya bukit bukit sahaja.......sehingga membuatkan fikiran kacau dan berbelah bagi nak meneruskan kayuhan.
Dengan berbekalkan semangat yang hampir luntur melihat bukit bukit di hadapan ..... kayuhan diteruskan juga ......akhirnya kami juga berjaya menamatkan kayuhan 50KM seperti Riders yang lain ....selamat tinggal Jasin MTB Jamboree....terima kasih kerana menyediakan trek yang baik untuk kami.....jumpa lagi.....
No comments:
Post a Comment